Masalah kereta kurang pick up ni agak general dan banyak
puncanya.. Kalau kereta standard korang kurang pick up atau lembab atau terasa
berat... Secara kebiasaannya, ini antara puncanya...
1. Minyak petrol yang digunakan tidak sesuai dengan enjin,
Jadi ini bermaksud tak semua kereta boleh pakai RON 95. Cek kat penutup minyak
korang atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang korang boleh
pakai..
2. Mungkin semasa kita membuat penukaran minyak hitam enjin
kereta terlalu banyak (bubuh banyak sampai lepas tahap maksima), atau minyak
hitam enjin kereta kurang sesuai (terlampau pekat)..
3. Cuba periksa spark plug jika sudah lama. Berkemungkinan
juga apinya kurang dan boleh menyebabkan pembakaran kurang efisyien power enjin
kurang atau mungkin masalah pada plug cable . Ini juga boleh jadi punca bekalan
spark kurang..
4. Cuba periksa air filter kereta korang.. Kalau air filter
dah kotor boleh menyebabkan bekalan udara pada enjin masuk tidak banyak.
5. Bagi kereta yang guna carburetor, especially kereta lama.
Rasanya elok buat servis dan cuba cuci carburetor... Maybe
sudah tersumbat dan berkeladak kotor banyak enapan carbon...
Kaburetor yang dipasang pada enjin kereta mempunyai satu alat yang dipanggil
“acceleration pump” yang berfungsi untuk menambah aliran minyak masuk ke ruang
pembakaran enjin dan meningkatkan kuasa dengan dengan pantas seperti ketika
memecut untuk memotong kereta lain. Jika kereta terasa lembab biasanya alat
inilah yang bermasalah.
6. Kalau kereta mengunakan fuel injection, kebiasaannya
injektor tersumbat. Ini juga boleh mengurangkan kecekapan enjin.. Jadi kenalah
buat servis bersihkan injector bagi memberikan kelancaran semburan injector
lebih baik dan sempurna.
7. Sensor EFI kotor - selalunya boleh diservis saja. sensor
EFI yang kotor boleh menyebabkan fungsi EFI kurang cekap.so kena bersihkan
ajerr..
8. Fuel filter kereta tersumbat. Fuel filter merupakan
penapis kotoran dalam bahan petrol (dah tersumbat).. Kalau dah lama tak ganti mungkin
juga menyebabkan aliran minyak masuk kurang efisyen.. Mungkin korang tak pernah
tukar baru fuel filter korang tu yang dah bertahun tahun.. Kat mana kedudukan
fuel filter ni?Sesetengah kereta korang kena cari bawah kereta yang antara
tangki minyak yang bersambung dengan pipe petrol..
9. Tuning kereta dah lari.. Kebiasaannya RPM rendah atau
tidak stabil, so enjin kene tuning sikit supaya performance kembali seperti
sediakala. Buat ignition timing menggunakan lampu strobe light..
10. Clutch plate dah haus, habis dan nipis.. Clutch Plate
kalau dah haus, kereta memang lembap sikit. Kalau naik bukit ajer tekan minyak
mengaum jer enjin tapi keretanya lembap. atau menghadapi kesukaran masa
memotong kereta di hadapan (kereta tak boleh blah)
11. Minyak gear atau minyak ATF kereta sudah kotor dengan
kelikatan yang tidak betul menambah beban pada enjin.. Lakukan servis gearbox
(jangan lupa ganti filter). Ini bertujuan melembutkan lagi dan memberi
perlindungan pada gearbox selain meringankan pergerakkan ..
12. Bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' walaupun
sudah servis aircond kereta anda menjadi berat (pickup lambat). Sekiranya
keadaan ini berlaku, buat pelarasan timing enjin semula.
14. Saiz roda atau sportrim terlalu besar. Jika terlalu
besar ia akan jadi terlalu berat dan akan memberi kesan kurang pick up..
Sebabnya tayar dah lebar dari biasa, daya geseran tayar dan permukaan jalan pun
bertambah, itu puncanya permulaan pecutan kereta kurang pick up.. Tekanan udara
tayar yang rendah juga penyebab beban berlebihan atau mungkin juga pejajaran
kereta tidak betul.. Walaupun benda ni nampak remeh ini juga menyebabkan kita
terasa kereta agak berat ketika memandu
15. Untuk kereta lembab pick up (underpower) apabila usia
dah masuk 7 tahun elok ler buat top overhaul. Simptom-simptom enjin yang
memerlukan top overhaul seperti asap putih jelaga atau mungkin juga enjin ada
kebocoran gasket..
Agak2 berapa kos dalam setiap kerosakan yang disenarai kan itu??
ReplyDeleteSalam..sy pakai kereta wira.nk tnye bila sy on aircond kenapa kadang2 kereta sy jdi berat ya
ReplyDelete