SECARA RINGKAS BAGAIMANA MPR INI BERFUNGSI?
Perlu diingatkan.
Mpr adalah voltage stabilizer (penstabil voltan). Bila
voltan distabilkan semua alat akan cukup api terutama sekali plug. Plug perlukan 14v untuk api comel. Jadi, katakan api pergi ke plug 12v, jadi mpr
akan bantu dia cukup jadi 14v iaitu memberikan voltan yang dia simpan.
Mpr ni boleh simpan voltan dan buang voltan hanya kurang 1
saat memang laju. Hasil dari api plug cukup, pembakaran petrol jadi lengkap
dan pada lejang kuasa omboh akan lebih berkuasa. Omboh berkuasa akan
meningkatkan daya tujahan kerana dan kereta jadi ringan. Dan seterusnya, minyak jadi jimat sbb semua minyak yang
masuk dlm omboh terbakar habis sbb api cantik.Tiada lagi minyak keluar ikut ekzos semasa lejang ekzos.
Perlu diketahui juga. Bateri adalah sumber tenaga elektrik di permulaan sahaja
kemudian ia diambil alih oleh 100% kepada alternator. Alternator ni fungsi dia macam penjana dc elektrik.
Voltan yang dikeluarkan adalah dc14v. Manakala bateri hanya
12v. Semasa proses enjin hidup alternator tadi menjanakan 14v dan
semua komponen elektrik disambungkan secara selari. Dalam hukum sambungan
selari voltan akan sama di setiap bahagian tetapi arus tidak sama. Alternator tadi juga hasilkan 14v juga akan mengecas bateri
12v. Sbb bateri samada sel kering ataupn sel basah perlu dicas.
Sbb tu kalau kita tinggal lama kereta bateri akan kong sbb tiada cas masuk.
1. Apakah MaxPower Revolution atau MP-R?
MaxPower Revolution (MP-R) adalah alat penstabil voltan
serba canggih dengan fungsi utamanya meningkatkan prestasi kenderaan anda
secara keseluruhan dan memberi penjimatan minyak terhadap kenderaan yang
menggunakannya. Ianya adalah inovasi unik dengan mengunakan teknologi terkini
jepun. Ianya bersesuaian dengan semua jenis kereta (baru atau lama) dan
kenderaan yang menggunakan bateri 12volt.
2. Cara menggunakan MaxPower Revolution?
Hanya 3 langkah mudah semudah abc iaitu :-
a. Matikan enjin kenderaan anda
b. Pasangkan MP-R ke soket pencucuk rokok kenderaan anda
c. Hidupkan enjin kenderaan dan mula pemanduan untuk merasai
kehebatannya
3. Setelah MP-R dipasangkan, apa yang akan berlaku?
Lampu LED pada MP-R akan menyala. Ia menandakan MP-R anda
berfungsi dengan baik. Jika lampu LED tidak menyala, sila periksa soket
pencucuh rokok kereta anda samada ia berfungsi atau tidak. Jika ianya dalam
keadaan baik dan lampu LED MP-R masih tidak menyala, sila hubungi wakil
pengedar kami.
4. Masa yang diambil untuk MP-R berfungsi?
Setelah MP-R dipasangkan dan ianya menyala, ianya akan terus
berfungsi. Pada permulaan pemanduan, anda akan merasai beberapa perbezaan
seperti kelancaran pegerakan, pick-up permulaan yang berbeza, penukaran gear
lebih lembut dan penghawa dingin kereta semakin sejuk berbanding dengan
sebelumnya. Ini adalah tanda yang menunjukkan MP-R itu berfungsi dengan baik.
Beberapa kebaikan lain anda akan dapat rasai selepas itu.
5. Adakah MP-R selamat digunakan pada kereta saya?
Fungsi MP-R adalah seperti memasang thumb drive ke USB. Yang
membezakannya ialah, MP-R mendapatkan kuasanya daripada bateri kereta manakala
thumb drive mendapatkannya daripada CPU (Arus Terus). Tidak seperti peralatan
elektrik rumah yang lain yang menggunakan arus ulang-alik yang berkemungkinan
membebaskan gelombang gangguan. Tambahan, MP-R juga telah diuji oleh SIRIM QAS
INTERNATIONAL.
6. Mengapa bateri kereta perlu distabilkan menggunakan MP-R
dan bagaimanakah ianya berfungsi?
Apabila kali pertama kita membeli kereta, bateri selalunya
berada dalam keadaan yang baik begitu juga dengan komponen elektrik yang lain.
Walaubagaimanapun, oleh kerana penyelenggaraan yang tinggi, haus dan lusuh
serta faktor penuaan membuatkan kereta kita secara pelahan akan kehilangan
kuasa. Kuasa pecutan, tork, transmisi gear, penghawa dingin, lampu depan,
sistem audio dan sebagainya, kesemuanya berada pada tahap yang kurang baik
berbanding dengan waktu pertama kali pembelian kereta tersebut.
Kebiasaannya, apabila kesemua komponen elektrik dihidupkan
pada masa yang sama terutamanya sistem penghawa dingin, anda akan memberikan
tekanan terhadap kenderaan, ianya menambah lagi tekanan kepada bateri dalam
membekal kuasa yang menyebabkan bateri menjadi lemah dan mengalir dengan cepat.
Akibat daripada perkara ini, bateri akan terus lemah dari membekalkan kuasa
pengagihan yang sebenar dan sama rata kepada setiap komponen kereta dan perkara
seperti ini akhirnya akan menjejaskan kereta dan membuatkan bahan api dibakar
dengan lebih. Kesemuanya berhubung kait dengan aliran elektrik kereta.
MP-R adalah alat yang direka berdasarkan inovasi terkini
dari jepun yang akan mampu menangani permasaalahan elektrik seperti ini . Untuk
maklumat, soket pencucuh rokok berhubung secara lansung ke bateri dan dengan
memasang MP-R pada pencucuh rokok tersebut, MP-R berfungsi memberitahu bateri
supaya menstabilkan kuasanya tidak kira jika anda sedang menghidupkan penghawa
dingin, menghidupkan sistem audio, menghidupkan lampu depan dan sebagainya,
serentak. MP-R adalah seperti minuman isotonik yang akan memberikan tenaga baru
yang akan menyegarkan badan anda selepas terlibat dalam aktiviti harian yang
lasak.
Jadi, apabila kesemua komponen elektrik mendapat kuasa yang
sama rata daripada bateri 12V dengan memasang MP-R, anda akan dapat merasai perbezaan
yang kereta anda mendapat momentum kembali seperti kereta yang baru, perjalanan
lancar, penghawa dingin semakin sejuk, lampu depan semakin terang, sistem audio
yang baik dan juga lain-lain. Akhirnya menyumbang kepada penjimatan bahan api
yang lebih efisyen dan cekap.
7. Adakah MP-R akan melemahkan kuasa bateri?
Sememangnya TIDAK. selain penstabil voltan, MP-R juga
berfungsi seperti bateri mini kereta. Ia akan menyimpan sisa tenaga daripada
bateri bila keadaan mengecas dan mengurangkan beban semasa bateri seterusnya
memanjangkan jangka hayat bateri.
8. Bolehkah saya cabut MP-R dan memasangkannya pada kereta
lain? Adakah ia akan menjejaskan MP-R?
BOLEH jika anda ingin berbuat demikian tetapi kami
mencadangkan 1 MP-R untuk 1 kereta SAHAJA. Mencabut MP-R terutamanya, perlu
dilakukan dengan berhati-hati. Kekerapan mencabut dan memasang MP-R pada kereta
lain mungkin akan menyebabkan soket pencucuh rokok mudah longgar/terlerai lalu
menjejaskan sambungan daripada bateri ke MP-R. Ianya juga boleh memendekkan
jangka hayatnya MP-R tersebut
9. Apakah yang membezakan MP-R dengan produk penjimatan
minyak yang lain.
Fungsi serta cara MP-R beroperasi sangat berbeza dengan
produk yang lain. Kebanyakkan alat penjimatan minyak yang lain berasaskan
cecair atau menggunakan wayar yang panjang. MP-R menawarkan teknologi terkini,
canggih bertaraf dunia dan sesuai dengan semua jenis kenderaan yang menggunakan
bateri 12V. MP-R juga membantu memanjangkan tempoh penggunaan alternator, plug
dan juga bateri.
10. Berapa peratus penjimatan minyak yang diperolehi jika
menggunakan MP-R?
Untuk maklumat, peratusan penjimatan minyak daripada
sesebuah kereta ke kereta yang lain adalah berbeza dan sangat bergantung kepada
faktor seperti :-
a. Keadaan
jalan raya
b. Enjin dan
model kereta
c. Penyelenggaraan
Kereta (Termasuk tayar)
d. Sikap
pemanduan
Untuk mendapatkan penjimatan minyak yang dikehendaki, kereta
anda hendaklah berada di dalam keadaan pemanduan yang tenang dan lancar. Anda
akan merasai lebih penjimatan minyak terutamanya dalam jarak pemanduan jauh
seperti lebuhraya atau laluan anda tiada kesesakan jalanraya. Anda akan
mendapati kereta anda dapat bergerak lebih kilometer daripada sebelum
penggunaan MP-R dan pengunaan minyak kereta anda akan kurang apabila anda
berjalan jauh dengan mengunakan MP-R. Berdasarkan pengujian kami, penjimatan
minyak semasa perjalanan jauh adalah diantara 25% hingga 50%.
Sebaliknya, jika kereta memasuki jalan yang sibuk dan
terperangkap didalam keadaan yang sesak, pengunaan minyak bagi semua kereta
tanpa mengira model menjadi lebih tinggi, Walaupun anda menggunakan mana-mana
alat penjimatan minyak termasuklah MP-R, peratusan yang minima terhadap penjimatan
minyak akan dirasai kerana kereta anda membakar bahan api yang lebih
terutamanya untuk menyokong sistem penghawa dingin kereta dan komponen-komponen
elektronik kereta yang lain dalam keadaan yang sibuk. Semakin lama kereta anda
terperangkap dalam kesesakan jalanraya, lebih banyak minyak akan digunakan.
Perkara ini juga telah disahkan oleh mekanik dalam media.
11. Peratusan penjimatan yang dapat adakah sama setiap
kali/hari dengan MP-R?
Pemandu mesti memahami walaupun MP-R direka untuk
menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda, peratusan penjimatan minyak
adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang disebutkan diatas. Adalah penting
untuk ambil perhatian bahawa pemandu tidak akan mendapat peratusan yang sama
atau tetap dalam penjimatan minyak kerana setiap hari kita memandu pada keadaan
jalan yang berbeza, permukaan jalan yang berbeza, aliran trafik yang berbeza,
perbezan muatan, keadaan cuaca, kekerapan memandu dan beberapa faktor yang
berkaitan.
12. Bagaimana untuk mengetahui/menguji keberkesanan penjimatan
minyak daripada MP-R?
Cara yang terbaik untuk mengesan keberkesanan keseluruhan
MP-R termasuk penjimatan minyak adalah dengan menjalankan kajian perbandingan
sendiri dengan ada dan tiada MP-R. Pilih mana-mana kereta berenjin 600cc hingga
2000cc. Seperti Suzuki, Toyota, Honda, Mazda dan lain-lain.
Pada permulaan, pandu kereta anda tanpa MP-R dan isikan
minyak tangki dalam RM 30.00 dan lihat berapa jauh (dalam kilometer) kereta
anda boleh pergi. Pilih jalan lurus atau mana-mana lebuhraya. Jangan dilupa
untuk mencatatkan nilai mileage untuk rekod. Apabila anda sampai di penghujung
jalan, isikan minyak dengan nilai yang sama dan pasangkan MP-R. Pandu kereta
anda pada jalan atau lebuhraya yang sama. Lihat berapa banyak lebih kilometer
kereta anda boleh pergi dengan MP-R dipasangkan. Anda boleh menjalankan ujian
dalam masa sehari untuk mendapatkan keputusan dan melihat perbezaannya. Ini
akan menjadi tertimoni anda.
13. Berapa lama MP-R boleh berfungsi pada kenderaan?
Jika ianya dijaga dengan baik, MP-R boleh berfungsi dari 5
hingga 10 tahun.
14. Kenapa perlu menggunakan MaxPower Revolution (MPR) pada kenderaan?
14. Kenapa perlu menggunakan MaxPower Revolution (MPR) pada kenderaan?
Apabila enjin dihidupkan, pelbagai
peranti elektronik di dalam sesebuah kenderaan akan menggunakan voltan secara
serentak contohya lampu, peranti suntikan bahan api(Injection), gegelung,
radio, pendingin hawa dan lain-lain. yang menyebabkan voltan tidak lagi
seimbang terutamanya kenderaan yang telah berusia. Di sini, MPR akan memainkan
peranan untuk cuba menyeimbangi voltan dengan penggunaan secara maksimum yang
mungkin.
15. Ada orang cakap, MPR boleh jimat
penggunaan petrol, betul ker?
Saya akan jawab secara teori bukan
ilmiah. Apabila voltan pada sesebuah kenderaan telah stabil, maka peranti
elektronik yang menggunakan voltan tidak perlu berkerja keras untuk bertugas
secara minima mahupun maksima. Peranti elektronik yang paling hampir dengan
kawalan minyak ialah injection dan computer box; jadi peranti ini dapat bekerja
dengan baik tanpa beban yang berat dan akhirnya, suntikan bahan api berjalan
lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Maka dengan ini, penggunaan bahan
api akan lebih efeksyen dan sekaligus jimat minyak. Bagaimana pun, cara
pemanduan dan adalah berbeza-beza, jadi keputusannya juga berbeza untuk setiap
kenderaan.
16. Apakah kesan buruk untuk jangka
panjang menggunakan MPR?
Setakat ini, hasil pengalaman,
respon dan pemerhatian tidak ada pendapat yang mengatakan ada kesan buruk
penggunaannya. Cuma sebilangan kecil mengatakan harganya mahal dan alat ini
bukanlah sesuatu yang penting untuk dimiliki.
Jadi, kita perlu mengubah persepsi
tersebut.
Cuba bayangkan, dengan RM219 modal
anda, tetapi anda untung RM4800..
17. Kenapa pihak pengeluar kenderaan
tidak mengeluarkan kenderaan baru yang didatangkan sekali dengan MPR ini, jika
betul MPR bagus?
Pihak pengeluar/pengilang telah
mengira pelbagai aspek permotoran. Aspek utama untuk kenderaan baru ialah
pemanduan berhemah dan keselamatan. Bukan untuk kelajuan, perlumbaan dan
sebagainya. Anda beli kenderaan, andalah yang menentukan fungsi sesebuah
kenderaan untuk rupa bentuk kegunaan.
Ia juga memberi kesan kepada
keuntungan kepada stesyen minyak.
Cuba bayangkan, setiap kereta hanya
jimat RM30 sahaja dan pengguna MPR adalah sebanyak 1juta orang.
stesyen minyak akan kehilangan
pendapatan sebanyak RM30juta. banyak atau sikit ??? Setiap orang ada jawapannya
...
Ini adalah antara sebab kenapa MPR
tidak diletakkan dalam setiap kereta.
18. Berapa lama MPR boleh bertahan
dengan kebaikan fungsinya? Setahun? Dua tahun?
Perlu diingat, tiada benda yang
kekal dan tidak rosak. Lambat laun komponen elektronik di dalam MPR akan
kehilangan fungsinya perlahan-demi perlahan. Anggaran usia komponen elektronik
yang berkualiti mampu bertugas dengan baik antara 5 tahun hingga 10 tahun
sahaja. Sebab itu, Jepun sudah potong kenderaan sebaik sahaja mencapai 5 tahun
lebih, mereka telah akui perkara ini.
Pengiraan keuntungan :
Seminggu - RM20
Sebulan - RM80
Setahun - RM960
5 Tahun - RM4800
10 Tahun - RM9600
Cuba bayangkan dengan modal anda
serendah RM219 tetapi anda untung RM9600..
19. Walaupun saya tahu MPR ini ada orang
cakap bagus, tapi saya tidak yakin akan keberkesanannya, ini apa kes pulak?
Dalam Islam menekankan keyakinan,
kalau tidak yakin, tidak perlu buat MPR ini. Jangan buat perkara yang sia-sia
dan membazir.
Sedangkan Allah jadikan nyamuk pun
ada kegunaannya. InsyaAllah. MPR terbukti berkesan.
20. MASALAH :
bos, di sini saya ada mendengar sendiri cerita kereta sorang
member ni yang mengunakan Guangdo punya penjimat minyak warna kuning emas tu,
di mana setelah dia mengunakan penjimat minyak tu selama lebih setahun pada
kereta Toyota baru masalah berlaku, masa dia start enjin hidup tapi bila mahu
tekan minyak masuk gear kreta x mahu jalan, apabila kereta dihantar pada Toyota
mechanic, mereka menunjukan ECU kereta tu telah habis terbakar hangus dan
puncanya ialah disebabkan Guangdo penjimat minyak tu..persoalannya betul ka
penjimat minyak ni boleh membuat ECU hangus?adakah disebabkan tempat
letak/lekat yg salah? semua kereta bole kena begitu ka? atau hanya Guangdo punya
penjimat minyak brand saja yg bahaya ni? saya ada guna juga penjimat minyak
yang sama dan skrg risau pula perlu buka ka penjimat minyak tu??
JAWAPAN :
Jawapan ringkas daripada saya, adakah alat penjimat minyak
yang digunakan samada guando, japan ataupun yang lain2nya, ada cop sirim tak?
ada no sirim tak?
Jika tak ada no sirim, itu bermaksud, ia berisiko untuk anda
pakai, kerana setiap peranti eletrik perlukan kajian dari sirim terlebih
dahulu.
Dan MPR mempunyai no sirim : J20121270694
Jadi anda tak perlu ragu-ragu lagi.
Sedikit huraian saya berkaitan dengan isu ini.
Betul ke MPR ni sebabkan ECU kereta terbakar? Hasil kajian
dari SIRIM dan telah terbukti bahawa MPR adalah peranti elektronik yang selamat
diguakan pada semua kereta.
Sepanjang saya menjual MPR tiada komen pun yang mengatakan
ECU terbakar di sebabkan oleh MPR dan banyak mengatakan ECU terbakar disebabkan
Alternator.
Alternator sebenarnya ada built in auto voltage regulator
untuk mengontrol nilai output voltage iaitu 14.4V. Jika auto voltage regulator
ini tidak berfungsi dengan baik ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan
akan menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang pada satu ketika dan padam,
menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi di mana fius telah blow@terputus
disebabkan peningkatan arus. Masalah kereta berkaitan sistem elektrik dan
elektronik ini perlu troubleshooting yang rumit dan banyak kemungkinan boleh
menyebabkan kerosakan.
Berkaitan tempat di pasang pula tidak kira di mana, dalam
kereta atau di lekatkan pada bateri yang pastinya ia dilindungi dengan fius
untuk keselamatan jika berlaku short circuit dan dimasuki air.
21. RAMAINYA YANG TANYA APA BEZA MPR DAN MPR-HD?
1) MPR
- Direka untuk kendaraan ringan seperti Kereta, SUV, MPV,
4WD dan sebagainya.
2) MPR -HD
- Dicipta diatas permintaan yg. tinggi dari pengusaha2
kenderaan berat seperti lori, bas dan perkhidmatan awam yg. inginkan penjimatan
bahan api bagi kenderaan pengangkutan mereka.
- Menjimatkan penggunaan minyak sehingga 30% bagi kenderaan
berat sahaja seperti lori, bas dan sebagainya.
- MPR-HD juga boleh digunakan pada kenderaan ringan seperti
Kereta, SUV, MPV, 4WD dan sebagainya dan mampu menjimatkan minyak sehingga 55%
dan lebih power serta jimat dari MPR biasa.
22. Kereta saya masih dalam warranti lagi, nanti guna
MPR tidakkan ia membatalkan waranti? hurmm, rugilah saya.
Jawapan: TIDAK, penggunaan MPR tidak akan membatalkan
warranti kereta anda kerana untuk menggunakan MPR, tiada sebarang modifikasi
diperlukan, hanya plug and play .
23. Apakah perbezaan MP-R ini dengan gajet pesaing yang berada dipasaran...???
23. Apakah perbezaan MP-R ini dengan gajet pesaing yang berada dipasaran...???
- Bahan atau meterial yang digunakan.
- Kami menggunakan bahan kering sebagai kompenen utama, iaitu micro cip terkini serta berteknologi dari Jepun.
- Pihak kami sentiasa melakukan R&D produk dan sentiasa peka kepada teguran dan tuntutan semasa pengguna.
- Polisi 10 hari Jaminan Pulangan kembali Wang 100%. Tidak pernah ada mana-mana produk gajet fuel saver seumpama ini dipasaran yang menyediakan polisi Money Back Guarantee.
- Warranty Product selama 18 bulan dari segi kerosakan teknikal dan mekanikal.
- Melalui ujian didalam makmal ujian SIRIM QAS International serta LULUS dan diiktirafkan selamat penggunaanya kepada semua jenis kenderaan lama mahu pun baru.
- Produk telah dipaternkan di MyIPo.
- Senang dipasang. Hanya cucuk pada pencucuh rokok kenderaan anda dan ia terus berfungsi menjimatkan minyak.
Jika anda masih rasa was-was dan masih kurang yakin dengan
apa yang kami tawarkan.. itu adalah pilihan anda.. Kami menyediakan yang
terbaik untuk anda.. dan andalah yang bijak untuk memilih apa yang terbaik bagi
kenderaan anda.
MP-R Always committed to give u the best product ever...
Kereta saya jarang digunakan melainkan untuk balik ke kampung, perjalanan jauh atau pun hari hujan saja. Tidakkah ia menjejaskan mpr sekiranya ia lama tidak digunakan Dan hanya terletak di soket pencucuh?
ReplyDeleteTakde masalah tuan...
ReplyDelete