Tuesday 21 May 2019

10 Tips check kenderaan sebelum pulang beraya.


Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita untuk “menservis kereta” setiap kali menjelang Hari Raya. Yang peliknya, pada bulan-bulan lain, ada sebahagian dari pemilik langsung tidak mengendahkan tentang “servis kereta”. Hanya menjelang Hari Raya, barulah mereka teringat untuk “menservis kereta”. Anda jangan terkejut, ada juga yang menganggap dengan hanya menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin perjalanan akan menjadi selamat.

Sebenarnya menukar minyak enjin dan penapisnya hanyalah sebahagian perkara utama yang perlu dititik beratkan untuk memastikan perjalanan anda pada musim perayaan ini selamat. Jika anda menghantar kereta anda ke pusat servis pengedar sah, setiap kali sesi servis berkala dilakukan, pemeriksaan keseluruhan pada kereta anda turut akan dilakukan dan anda akan dibantu dengan khidmat nasihat dari Penasihat Servis yang bertugas.

1. Periksa tahap dan keadaan minyak enjin

Ini untuk mereka yang telah membuat penukaran minyak enjin terlebih dahulu sebelum ini. Pastikan minyak enjin berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’ pada dipstick. Tambahkan minyak pelincir jika perlu. Juga perlu dipastikan minyak enjin tersebut tidak bercampur dengan air (menjadi seakan warna teh tarik). Jika itu berlaku, berita buruk buat anda kerana air dari sistem penyejukkan enjin telah bocor ke dalam enjin, dan sudah tentu enjin anda perlu dirombakrawat (overhaul).
itu pentingnya minyak hitam yg berkualiti.

2. Periksa tahap dan keadaan minyak brek

Pastikan minyak brek juga berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’. Jika didapati bendalir tersebut berada pada tahap terlalu rendah dan anda dapati pedal brek anda perlu dipam terlebih dahulu sebelum mendapat tekanan yang diperlukan, ini bermaksud ada kebocoran berlaku pada sistem hidraulik brek anda. Kehilangan tekanan juga boleh disebabkan kerana wujudnya udara dalam sistem hidraulik brek, maka proses bleeding perlu dilakukan untuk membuang udara dalam sistem tersebut.

Jika tiada kehilangan tekanan dirasakan tetapi bendalir tersebut berada pada tahap rendah, ini bermaksud pad brek anda sudah menipis. Tambahkan bendalir brek, tetapi jangan sehingga pada paras maksimum jika pad brek masih boleh digunakan. Ini kerana bendalir brek tersebut akan melimpah keluar jika pad brek baharu ditukar kelak.

Minyak brek perlu ditukar sekiranya ia kelihatan sangat kotor atau ia telah digunakan dalam jarak 40,000 km atau dua tahun. Bendalir brek adalah diasaskan dari bahan glikol, dan ia cenderung untuk menyerap air dari atmosfera. Jadi jika terlalu lama minyak brek tidak ditukar, ia akan menyebabkan brek gagal berfungsi sepenuhnya dan mungkin juga menyebabkan pengaratan berlaku dalam sistem brek yang bukan sahaja akan menyebabkan kebocoran, ia mungkin juga akan menyebabkan omboh pada angkup dan pam brek tersekat (jammed).

3. Periksa tahap dan keadaan minyak gear transmisi automatik (ATF)

Tidak semua transmisi automatik mempunyai dipstick untuk memeriksa tahap ATF ini. Cara untuk memeriksa tahap bendalir ATF adalah berbeza dengan cara memeriksa tahap minyak/bendalir lain. Ini kerana tahap ATF adalah berbeza pada keadaan sejuk dan keadaan panas (suhu bekerja). Jika kereta anda belum dihidupkan dan enjin masih sejuk, pastikan tahap ATF berada disenggatan ‘cold’ pada dipstick.

Untuk memeriksa tahap pada keadaan panas pula, hidupkan enjin sehingga kipas radiator berfungsi (menandakan enjin telah sampai ke suhu bekerjanya), kemudian periksa dipstick, pastikan tahap ATF berada pada senggatan ‘hot’.

Pastikan ATF tidak bercampur dengan air (sebahagian kotak gear automatik mempunyai sistem penyejuk ATF yang turut melalui bahagian bawah radiator, berisiko untuk bocor dan menyebabkan air masuk ke kotak gear).

Semak buku manual anda untuk mengetahui berapa jarak perbatuan yang telah ditetapkan untuk menukar ATF (secara amnya ATF perlu ditukar dalam jarak 40,000 km sekali). ATF juga perlu ditukar sekiranya ia sudah terlalu kotor. Juga pastikan sistem kotak gear anda kerana untuk kotak gear automatik CVT (menggunakan bendalir CVTF) dan kotak gear klac berkembar menggunakan bendalir yang berlainan.

4. Periksa tahap dan keadaan minyak stereng kuasa

Stereng kuasa juga menggunakan sistem hidraulik. Pastikan bendalir berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jika cecair berada pada tahap sangat rendah, ada kemungkinan sistem stereng anda mengalami kebocoran pada saluran paip, pam, atau rak stereng itu sendiri. Bendalir tersebut juga perlu ditukar jika ia sudah terlalu kotor.

5. Periksa tahap dan keadaan cecair penyejuk radiator (coolant)

Sebelum memeriksa cecair dalam tangki radiator, periksa dahulu cecair pada tangki simpanan. Pastikan cecair berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jangan tambah cecair melebihi senggatan ‘Max’ kerana cecair tersebut memerlukan tekanan atmosfera untuk menolaknya ke tangki radiator utama. Jika tangki simpanan langsung kosong, periksa cecair di dalam tangki utama. Buat pemeriksaan tekanan jika perlu, dikhuatiri ada kebocoran berlaku pada sistem penyejukkan.

Jika anda hanya menggunakan air biasa untuk sistem penyejukkan, air perlu ditukar sekiranya ia telah terlalu kotor. Untuk yang menggunakan cecair penyejuk pula, anda perlu menukarnya setiap 100,000 km perjalanan.

6. Periksa keadaan semua hos

Semua hos bermaksud kesemua hos termasuk hos sistem penyejukkan, hos vakum dan kesemua hos sistem hidraulik pada sistem enjin, sistem stereng kuasa dan sistem brek. Selain memastikan ia bocor atau tidak, tekan hos-hos tersebut dan pastikan ia masih fleksibel. Jika ia sudah keras, pastikan anda menukarnya kerana dikhuatiri akan patah semasa beroperasi pada tekanan tinggi.

7. Periksa keadaan semua tali sawat (belting)

Semua tali sawat bermaksud kesemua tali sawat yang memusingkan sistem alternator, pemampat (compressor) sistem penghawa dingin, kipas (sekiranya kereta anda tidak menggunakan kipas elektrik untuk sistem penyejukkan) dan pam air pada enjin. Pastikan ia tidak merekah, berbulu atau tanda-tanda lain yang kelihatan seperti hampir terputus. Periksa juga keadaan tali sawat pemasaan (timing belt) jika kereta anda tidak menggunakan sistem rantai pemasaan (timing chain).

Tali-tali sawat ini biasanya perlu ditukar setiap 100,000 km, manakala untuk tali sawat pemasaan pula adalah berbeza mengikut pengeluar (rujuk buku manual kereta anda).

8. Pemeriksaan terhadap bateri

Pertama sekali, uji bateri dengan alat penguji bateri. Alat penguji bateri moden akan memberikan bacaan ‘bad and replace‘ sekiranya bateri tidak mampu menyimpan cas dengan baik. Tukar bateri segera kerana bila bateri tersebut akan rosak sepenuhnya tidak boleh dijangka. Jangan pelik sekiranya bateri anda perlu ditukar setahun sekali kerana kereta moden dilengkapi dengan sistem penggera, kotak komputer enjin, kotak gear dan pelbagai lagi dalam sistem elektrikal badan yang memorinya masih berjalan – menghasilkan parasitic load – walaupun enjin telah dimatikan sepenuhnya.

Selain itu, kotoran pada terminal bateri juga perlu dibersihkan dan jika anda tidak menggunakan bateri maintenance free, periksa juga kadar air pada bateri tersebut.

9. Periksa tayar

Tayar adalah antara bahagian yang teramat penting di dalam memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan. Kedalaman bunga tayar minimum telah ditetapkan pada 1.6 mm. Ukuran boleh dibuat dengan duit syiling atau gunakan alat-alat lain yang boleh memberikan bacaan lebih besar dari 1.6 mm.

Kedalaman bunga tayar juga boleh diperiksa pada tanda yang diletakkan oleh pengeluar tayar. Dengan perjalanan di musim tengkujuh juga memerlukan bunga tayar yang tebal untuk melalui jalanraya yang basah dan berlopak.

10. Periksa tayar spare

Jika tayar bocor semasa di dalam perjalanan, tayar simpanan yang rosak dan tidak dapat digunakan sudah tentu menyakitkan hati. Terjadi pula di waktu malam di kawasan pedalaman sudah tentu akan menjadi satu pengalaman pahit bersama ahli keluarga yang tidak mungkin dilupakan. Tayar simpanan mesti diperiksa dengan menambah tekanan angin dan memeriksa kondisinya. Selain tayar simpanan, “jack”, pemusing “jack” dan pemantul cahaya yang selalunya berbentuk tiga segi juga mesti diperiksa bagi memastikan pertukaran tayar di dalam perjalanan berjalan dengan lancar. Pastikan ahli keluarga berada di luar kereta dan jauh dari jalanraya semasa menukar tayar.

Semoga info ini berguna untuk semua dan selamat pulang beraya dari kami warga MPR 

Friday 3 May 2019

MINYAK PELINCIR SIFAR GESERAN




TEKNOLOGI FORMULASI UNIK MPR LUBRICANT MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT ENJIN DENGAN EKSTRA PERLINDUNGAN ANTI GESERAN !!

🏁Semua jenis minyak pelincir MPR telah diformulasikan oleh Metal Treatment Additive & Synthetic (MAS) yang melepasi piawaian American Petroleum Institute (API) SN / CI4.

🏁Hasil daripada tribology, MPR berjaya menghasilkan produk pelincir sifar geseran yang mana produk pelincir MPR ini mampu mengurangkan geseran sehingga 4-5 kali lebih baik berbanding minyak pelincir berjenama terkenal.

🏁Kebanyakan minyak pelincir yang ada dalam pasaran tidak mempunyai formulasi MAS termasuklah minyak pelincir dan jenama terkenal, manakala minyak pelincir yang mempunyai formulasi ini dijual pada harga yang lebih tinggi namun pelincir MPR dipasarkan dengan harga yang sangat berpatutan

 ORDER NOW

 SENARAI EJEN

[KEHEBATAN MINYAK PELINCIR FULLY/SEMI SYNTHETIC MPR]
●>Bersifat anti geseran - Mampu menahan geseran tinggi!!
●>Minyak BERKUALITI TINGGI bertaraf Gred A.
●>Minyak BERTEKNOLOGI TINGGI
●>Terbukti dengan Demo ( Felix Machine ) KLIK & Testimoni Pengguna, KLIK
●>Bersifat Anti-Oksida yang melindungi komponen enjin dari karat.
●>Penjimatan servis sehingga 12,000km setiap botol(4Liter)semi
synthetic
●>Penjimatan servis sehingga 15,000km setiap botol(4Liter)fully
synthetic
●>Bersifat magnetik.
●>Extrem Pressure (EP) - mampu mengelak enjin 'blown' ketika
pemanduan yang ekstrem.
●>Enjin Lebih RINGAN, PICKUP, SMOOTH!!

Komen pengguna MPR HD 07 pada kereta Toyota rush 1.5cc. Dengar sekarang !!




 OREDR NOW

 EJEN TERDEKAT