"Radiator tersumbat?? Over temperature??? Betul ke
tersumbat??? Bila tgk air tak jalan pun, enjin hidup tapi air dlm radiator tak
gerak pun...." Ini ayat yg biasa kita dengar dari pengguna kereta..
1. Air kurang, sebab air kurang mungkin radiator mengalami
kebocoran.
2. Kipas tidak berfungsi dengan baik, mungkin karbon motor
sudah haus sebab itu kipas tidak dapat berfungsi lagi, mungkin juga fius yang
mengawal kipas untuk automatik ade problem kot.
3. Radiator sumbat, radiator mempunyai tiup-tiup kecil untuk
air dapat melaluinya, jika tiup-tiup tersebut tersumbat air tidak dapat
berjalan dengan lancar, jadi hantarlah kenderaan korang untuk pemeriksaan
lanjut.
4. Air tidak dapat berjalan dengan lancar, ia boleh terjadi
puncanya adalah mengalami karat pada thermostat. Macammana nak tahu? Sila
pegang hose pipe atas dan hose pipe bawah, jika hose pipe atas panas dan hose
pipe bawah sejuk, kemungkinan thermostat jem dan harus diktukar.
5. Penutup radiator atau cap, jika rosak, cabut paip kecil
yang bersambung ke tangki simpanan, tekan pedal minyak. Jika air banyak keluar
dari paip kecil tersebut maka SAH penutup atau cap radiator rosak, Wajib tukar.
Jika air tetap keluar, mungkin radiator sumbat, hantarlah kenderaan ke bengkel
untuk pemeriksaan.
6.Check water pump masa start pagi-pagi tu, bukak cap
radiator tu... Kalau memang nampak air dalam radiator tak gerak langsung atau
terpancut air keluar.. Maknanya ada kemungkinan water pump rosak...
Sebagai langkah awal... Periksa jumlah air radiator dalam
tangki setiap minggu atau kalau boleh kerap kali. Jumlah air radiator harus
berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang. Buka tutup radiator dan
periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang.. Sekali gus
kita dapat mengesan kerosakan yang berlaku dan mencegahnya lebih awal... KALAU
berlaku tanda-tanda kerosakan atau kebocoran cepat-cepatlah cari mekanik yang
boleh baiki kerosakan tersebut...
Apa pun sebagai langkah yang lebih terjamin sila hantar ke
bengkel.. Selalunya makanik akan cek, water pump, host paip, dan top tank..
No comments:
Post a Comment