Assalamualaikum w.b.t.Hari ini saya ingin mengajak pembaca
membuka mata tentang menjana pendapatan dari rumah. Secara realitinya, dari
rumah pun boleh menjana pendapatan. Akan tetapi bukanlah melalui sistem
“klik-klik”, sistem “matrix”, skim pelaburan tambahan lagi skim cepat kaya.
Bukan sama sekali, kerana saya tidak pasti dan ragu-ragu dengan sistemnya dan
juga hukumnya.Yang saya maksudkan adalah membina perniagaan dari rumah.
Dulu ramai yang beranggapan saya membuang masa menghadap
internet dan komputer. Sekarang mereka mula bertanya bagaimana ingin menjana
pendapatan sampingan atau dari rumah. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya
mula mendalami ilmu-ilmu bisnes sedikit demi sedikit.Dalam apa jua perniagaan,
sudah tentu salah satu asasnya adalah modal. Namun, sangat penting juga untuk
kita memahami dan mengetahui tentang perniagaan yang akan kita ceburi. Samada
dari segi sistem ataupun hukum. Kajilah dan berusaha untuk tidak sekadar
ikut-ikutan.
Sekiranya kita tidak mula bertindak, sampai bila kita tidak
mula berniaga atau berbisnes. Saya sudah berjaya membuktikan bahawa saya boleh
menjana pendapatan dari rumah. Namun bukan bererti saya sudah berjaya dan perlu
duduk diam dan tunggu wang masuk. BUKAN! Kejayaan masih jauh. Kejayaan dunia
dan akhirat bukan suatu yang dapat dicapai dalam masa yang singkat.
Oleh itu, berusahalah dengan sungguh-sungguh untuk mencipta
kejayaan. Jika kita berusaha berbisnes dengan jujur, insyaAllah kita mudah
membina empayar perniagaan kita. Anak-anak juga akan mencontohi sikap tersebut
dan kita sedang bekerja di hadapan anak-anak. Jika kita bersungguh-sungguh,
anak akan belajar untuk bersungguh-sungguh dan secara tidak langsung anak juga
dapat lihat kesusahan kita mencari rezeki.
Wallahua’lam…
KLIK:-
TAK PERCAYA? MENGAPA ANDA TIDAK MENCUBANYA.
Terjual lebih 1000 unit setiap bulan..!
➳WHATSAPP / SMS / TELEGRAM <Pengedar MPR> KE 012 - 5815619
➳WHATSAPP / SMS / TELEGRAM <Pengedar MPR> KE 012 - 5815619
➳WHATSAPP / SMS / TELEGRAM <Pengedar MPR> KE 012 - 5815619