Friday 29 May 2015

DAPAT HADIAH DARI POS LAJU!


Syukur!

Hari ini dapat hadiah dari pihak POS Laju, sebab selalu guna perkhidmatan poslaju untuk hantar MPR pada customer dan agen2 MPR seluruh Malaysia.


Alhamdulillah!

Thursday 28 May 2015

Penyakit Radiator Yang Perlu Tahu..


"Radiator tersumbat?? Over temperature??? Betul ke tersumbat??? Bila tgk air tak jalan pun, enjin hidup tapi air dlm radiator tak gerak pun...." Ini ayat yg biasa kita dengar dari pengguna kereta..

1. Air kurang, sebab air kurang mungkin radiator mengalami kebocoran.

2. Kipas tidak berfungsi dengan baik, mungkin karbon motor sudah haus sebab itu kipas tidak dapat berfungsi lagi, mungkin juga fius yang mengawal kipas untuk automatik ade problem kot.

3. Radiator sumbat, radiator mempunyai tiup-tiup kecil untuk air dapat melaluinya, jika tiup-tiup tersebut tersumbat air tidak dapat berjalan dengan lancar, jadi hantarlah kenderaan korang untuk pemeriksaan lanjut.

4. Air tidak dapat berjalan dengan lancar, ia boleh terjadi puncanya adalah mengalami karat pada thermostat. Macammana nak tahu? Sila pegang hose pipe atas dan hose pipe bawah, jika hose pipe atas panas dan hose pipe bawah sejuk, kemungkinan thermostat jem dan harus diktukar.

5. Penutup radiator atau cap, jika rosak, cabut paip kecil yang bersambung ke tangki simpanan, tekan pedal minyak. Jika air banyak keluar dari paip kecil tersebut maka SAH penutup atau cap radiator rosak, Wajib tukar. Jika air tetap keluar, mungkin radiator sumbat, hantarlah kenderaan ke bengkel untuk pemeriksaan.

6.Check water pump masa start pagi-pagi tu, bukak cap radiator tu... Kalau memang nampak air dalam radiator tak gerak langsung atau terpancut air keluar.. Maknanya ada kemungkinan water pump rosak...

Sebagai langkah awal... Periksa jumlah air radiator dalam tangki setiap minggu atau kalau boleh kerap kali. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang. Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang.. Sekali gus kita dapat mengesan kerosakan yang berlaku dan mencegahnya lebih awal... KALAU berlaku tanda-tanda kerosakan atau kebocoran cepat-cepatlah cari mekanik yang boleh baiki kerosakan tersebut...


Apa pun sebagai langkah yang lebih terjamin sila hantar ke bengkel.. Selalunya makanik akan cek, water pump, host paip, dan top tank..

Tuesday 26 May 2015

Masalah Aircond Kereta dan punca-puncanya...


Konsep asas aircond kereta adalah sama seperti aircond di rumah, di pejabat dan juga peti sejuk. Sistem aircond kereta bukanlah sekompleks mana pun sebenarnya. Apa pun puncanya, satu perkara biasa berlaku, angin aircond tidak sejuk. Itulah masalahnya. Puncanya boleh terjadi bermacam-macam tetapi yang biasa terjadi ialah:

1. Gas aircond sudah habis akibat paip bocor. Kebocoran ini boleh berlaku di beberapa tempat lazimnya di persendian / pertemuan (joints) yang tidak ketat, sistem yamg bocor akibat tebuk atau karat. Sebenarnya, gas aircond itu dicampurkan dengan sedikit cecair pelincir (lubricant) untuk memelihara kompresor. Jika sistem bocor, gas dan cecair pelincir ini akan keluar. Cecair ini penting, jika kurang, kompresor boleh 'jammed' dan rosak. Gas aircond berfungsi sebagai 'pembawa haba' dari dalam kereta ke luar. Jika gas aircond tiada atau kurang, haba tidak dapat dipindahkan. Jadi, angin aircond akan tetap panas.

2. Gegelung penyejuk (cooling coil) sudah kotor. Haba dari angin di dalam kabin kereta dipindahkan apabila angin itu menyentuh permukaan logam pada gegelung penyejuk. Jika gegelung penyejuk itu kotor dengan habuk yang melekat akibat kondensasi air di situ, perpindahan haba tadi tidak efisien. Jadi, angin aircond tidak sesejuk mana.

3. Kipas di kondenser (di ruang enjin) tidak berfungsi baik atau tidak berpusing. Jadi, tiada bantuan angin untuk menyejukkan gas / cecair aircond yang panas itu. Kecualilah kereta itu dipandu laju kerana ada angin masuk ke ruang enjin untuk membantu menyejukkannya. Jika gas/cecair aircond tidak disejukkan (haba tidak dikeluarkan dari dalam sistem), sistem tidak dapat berfungsi dengan baik juga.

4. Kompresor rosak. Banyak sebab kompresor boleh rosak. Lazimnya kerana 'jammed' pada galas (bearing) dan piston (kalau jenis piston) atau bilah kompresor. Kalau piston atau bilah kompresor 'jammed' biasanya disebabkan cecair pelincir telah habis akibat bocor. Fungsi kompresor ialah untuk memampatkan gas kepada bentuk cecair dan dengan itu suhu gas itu akan bertambah melebihi daripada suhu di luar (ambient) supaya nanti angin di luar dapat 'membuang' haba itu. Jika gas itu tidak termampat dan suhunya tidak naik melebihi suhu angin di luar, haba di dalam gas itu tidak dapat dipindahkan. Selain daripada itu, injap pengembang (expansion valve) juga tidak berfungsi dengan baik untuk menyembur. Jadi, angin aircond di dalam kabin tetap tidak sejuk.

5. Alat kawal suhu (butang aircond di dashboard) telah rosak. Jika telah rosak, tiada input untuk sistem bekerja.

6. Sensor suhu telah rosak. Tugas sensor suhu ini ialah untuk mengetahui sama ada kesejukkan yang diingini telah dicapai atau belum. Maklumat ini akan diberikan kepada sistem kluc kompresor untuk on atau off.

7. Alat penapis (filter drier) telah kotor atau tersumbat. Ini akan mengganggu aliran cecair aircond seterusnya menganggu tugas sistem.

8. Injap pengembang (expansion valve) rosak atau tersumbat. Ia boleh berlaku jika ada bendasing (foreign material) dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang yang kecil, seperti muncung aerosol itu. Jika tersumbat, cecair tidak disembur menjadi gas dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba.

***Walaubagaimana pun, kerosakkan itu mungkin terdiri daripada gabungan beberapa punca di atas atau punca yang lain daripada di atas.



Bagaimana mahu mengesan sistem telah rosak?

Sistem telah rosak jika angin di dalam kabin sudah tidak sejuk. Tapi ada symptoms tertentu untuk mengagak bahagian mana yang rosak.

1. Angin tidak sejuk dan angin yang keluar dari air-vent tidak kuat - gegelung penyejuk telah kotor atau tersumbat, kipas angin telah rosak. Jika kipas berpusing laju tetapi tiada angin dan berbunyi kuat, sesuatu telah menghalang saluran ventilasi (aircond duct). Mungkin juga 'flapper' telah patah atau jatuh.

2. Angin tidak sejuk dan kompresor asyik 'on' atau 'engaged' tanpa henti sedangkan kita pasang aircond pada tahap sederhana atau kurang - berlaku kekurangan gas aircond menyebabkan kompresor bekerja lebih untuk mencapai suhu yang diperlukan. Mungkin berlaku kebocoran.

3. Angin tidak sejuk dan kompresor sekejap 'on' sekejap 'off' berkali-kali - sistem kompresor itu ada 'pressure sensor', jika tekanan di dalam paip telah cukup, kompresor akan berhenti. Jika kompresor itu 'on' dan 'off' berkali-kali, ini bermakna sistem aliran gas/cecair aircond telah tersumbat di mana-mana, biasanya pada 'expansion valve'.

4. Angin tidak sejuk bila kereta berhenti tetapi sejuk sikit bila kereta bergerak - kipas kondensor (di ruang enjin) tidak berfungsi dengan baik untuk menyejukkan cecair aircond. Kebocoran gas aircond pun mungkin puncanya.

5. Enjin kereta terhenti apabila aircond dihidupkan - kompresor telah 'jammed'.

6. Tiada kedengaran kompressor berpusing walau setelah dihidupkan aircond - sama ada tombol suis aircond telah rosak atau talisawat kompressor (aircond belting) telah putus.


Komponen mana yang mahal?

Pertama-tama sekali, kompressor. Sila jaga isipadu gas aircond dan minyak pelincirnya.

Kedua Evaporator (cooling coil) dan kondenser.

Ketiga Motor-fan untuk kondenser, injap pengembang (expansion valve)

Keempat saluran paip dan gas aircond.

Kelima komponen lain-lain.


Sunday 24 May 2015

PUNCA KERETA KURANG PICK UP

Masalah kereta kurang pick up ni agak general dan banyak puncanya.. Kalau kereta standard korang kurang pick up atau lembab atau terasa berat... Secara kebiasaannya, ini antara puncanya...

1. Minyak petrol yang digunakan tidak sesuai dengan enjin, Jadi ini bermaksud tak semua kereta boleh pakai RON 95. Cek kat penutup minyak korang atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang korang boleh pakai..


2. Mungkin semasa kita membuat penukaran minyak hitam enjin kereta terlalu banyak (bubuh banyak sampai lepas tahap maksima), atau minyak hitam enjin kereta kurang sesuai (terlampau pekat)..


3. Cuba periksa spark plug jika sudah lama. Berkemungkinan juga apinya kurang dan boleh menyebabkan pembakaran kurang efisyien power enjin kurang atau mungkin masalah pada plug cable . Ini juga boleh jadi punca bekalan spark kurang..


4. Cuba periksa air filter kereta korang.. Kalau air filter dah kotor boleh menyebabkan bekalan udara pada enjin masuk tidak banyak.


5. Bagi kereta yang guna carburetor, especially kereta lama. Rasanya elok buat servis dan cuba cuci carburetor... Maybe
sudah tersumbat dan berkeladak kotor banyak enapan carbon... Kaburetor yang dipasang pada enjin kereta mempunyai satu alat yang dipanggil “acceleration pump” yang berfungsi untuk menambah aliran minyak masuk ke ruang pembakaran enjin dan meningkatkan kuasa dengan dengan pantas seperti ketika memecut untuk memotong kereta lain. Jika kereta terasa lembab biasanya alat inilah yang bermasalah.


6. Kalau kereta mengunakan fuel injection, kebiasaannya injektor tersumbat. Ini juga boleh mengurangkan kecekapan enjin.. Jadi kenalah buat servis bersihkan injector bagi memberikan kelancaran semburan injector lebih baik dan sempurna.


7. Sensor EFI kotor - selalunya boleh diservis saja. sensor EFI yang kotor boleh menyebabkan fungsi EFI kurang cekap.so kena bersihkan ajerr..


8. Fuel filter kereta tersumbat. Fuel filter merupakan penapis kotoran dalam bahan petrol (dah tersumbat).. Kalau dah lama tak ganti mungkin juga menyebabkan aliran minyak masuk kurang efisyen.. Mungkin korang tak pernah tukar baru fuel filter korang tu yang dah bertahun tahun.. Kat mana kedudukan fuel filter ni?Sesetengah kereta korang kena cari bawah kereta yang antara tangki minyak yang bersambung dengan pipe petrol..


9. Tuning kereta dah lari.. Kebiasaannya RPM rendah atau tidak stabil, so enjin kene tuning sikit supaya performance kembali seperti sediakala. Buat ignition timing menggunakan lampu strobe light..


10. Clutch plate dah haus, habis dan nipis.. Clutch Plate kalau dah haus, kereta memang lembap sikit. Kalau naik bukit ajer tekan minyak mengaum jer enjin tapi keretanya lembap. atau menghadapi kesukaran masa memotong kereta di hadapan (kereta tak boleh blah)


11. Minyak gear atau minyak ATF kereta sudah kotor dengan kelikatan yang tidak betul menambah beban pada enjin.. Lakukan servis gearbox (jangan lupa ganti filter). Ini bertujuan melembutkan lagi dan memberi perlindungan pada gearbox selain meringankan pergerakkan ..


12. Bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' walaupun sudah servis aircond kereta anda menjadi berat (pickup lambat). Sekiranya keadaan ini berlaku, buat pelarasan timing enjin semula.


13. Ekzos kereta tersumbat atau bocor.. Seharusnya seluruh sistem perlu diperiksa. Mungkin dah banyak karbon.. Ada 3 barang yang biasa kene tukar, extractor, tabung bullet tengah dan muffler.. Jangan sesuka hati beli asalkan bunyi sedap dan bergaya sebab belum tentu sesuai dengan kekuatan tujahan output enjin.. Dapatkan nasihat pakar2 kedai ekzos untuk performance lebih responsif dan lebih pick-up


14. Saiz roda atau sportrim terlalu besar. Jika terlalu besar ia akan jadi terlalu berat dan akan memberi kesan kurang pick up.. Sebabnya tayar dah lebar dari biasa, daya geseran tayar dan permukaan jalan pun bertambah, itu puncanya permulaan pecutan kereta kurang pick up.. Tekanan udara tayar yang rendah juga penyebab beban berlebihan atau mungkin juga pejajaran kereta tidak betul.. Walaupun benda ni nampak remeh ini juga menyebabkan kita terasa kereta agak berat ketika memandu



15. Untuk kereta lembab pick up (underpower) apabila usia dah masuk 7 tahun elok ler buat top overhaul. Simptom-simptom enjin yang memerlukan top overhaul seperti asap putih jelaga atau mungkin juga enjin ada kebocoran gasket..

Tuesday 19 May 2015

INFO TERKINI


MPR LUBRICANT DAN MPR METAL TREATMENT MEMBANTU TEAM VMS MOTORSPORT UNTUK MEMENANGI TEMPAT KEDUA BERTURUT2 DALAM PERLUMBAAN SATURDAY NIGHT FEVER(SNF) RACE DI LITAR ANTARABANGSA SEPANG!!!

MPR SEMI SINTETIK DAN MPR METAL TREATMENT SEMEMANGNYA BERBEZA!!!

FORMULA 2 DALAM 1 DALAM MINYAK INJIN MPR MEMBERIKAN PERLINDUMGAN DAN PRESTASI TERBAIK BAGI INJIN ANDA!!!









Thursday 14 May 2015

Track your petrol expenses - guide for MPR's users

Kepada pelanggan yang sudah membeli gajet penjimatan minyak MPR ini, 10 hari tempoh percubaan yang diberikan haruslah digunakan dgn sebaik2nya untuk mengkaji keberkesanan MPR ini dalam menjimatkan wang anda. Apa yang harus anda lakukan adalah:



  • Pastikan lampu LED (warna hijau / warna putih) MPR tu bernyala (utk pastikan ia berfungsi dgn baik). Setelah itu, setiap kali mengisi minyak, rekodkan kadar miledge untuk setiap pengisian. Sebagai contoh, sekiranya anda isi RM30 (Petronas Ron 95), catatkan berapa km ia boleh pergi dengan RM30 tersebut. Anda boleh bandingkan jumlah km tersebut dengan tidak memakai MPR. Saya percaya anda boleh lihat perbezaan nanti..dan ia pasti tidak akan mengecewakan anda. 



Saya sendiri adalah pengguna Myvi 1.3 Auto, selalunya perbelanjaan petrol untuk seminggu adalah RM50. Namun begitu, sejak menggunakan MPR, perbelanjaan dapat dikurangkan sehingga RM15 seminggu. Jika didarabkan untuk sebulan, saya dapat jimatkan wang sehingga RM60!! Ini memang kisah benar..bukan rekaan semata2. Cubalah dan alami perbezaannya :)